Thursday, April 14, 2016

Proposing New Highway In Penang – Pan Island Link 1 And 2 / 2A

(Above) Pan Island Link 1
The Penang Government is proposing new highways Pan Island Link 1 & 2/2A. Pan Island Link 1 is a sum up total 20km highway to ease the traffic on Jalan Tun Dr Lim Chong Eu Expressway (LCE) and Weld Quay, Jalan Masjid Negeri, Jalan Jelutong as well as Jalan Sultan Azlan Shah
Full report can be found at below ;
Cadangan pembinaan Lebuh Raya Pan Island Link 1 (PIL 1) sepanjang 20 km adalah untuk mengurangkan kesesakan trafik di Tun Dr Lim Chong Eu Expressway (LCE) dan jalan di kawasan berhampiran seperti Pengkalan Weld, Jalan Masjid Negeri, Jalan Jelutong, dan Jalan Sultan Azlan Shah. Pembinaan laluan utama kedua utara selatan adalah penyelesaian yang terbaik untuk memperbaiki keadaan LCE.
Ia turut bertindak sebagai langkah strategik penyuraian trafik dari Jambatan Kedua Pulau Pinang dan terowong bawah laut pada masa hadapan.
PIL 1 juga akan dapat menampung potensi permintaan trafik kesan daripada projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, perluasan Zon Industri Bayan Lepas, dan cadangan penambakan pulau di pesisiran laut bahagian selatan pulau.
PIL 1 dilengkapi dengan enam persimpangan untuk menghubungkan kawasan berkepadatan tinggi dan hab pengangkutan di bahagian pulau dari Jambatan Kedua Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang menuju ke Bayan Baru, Relau, Paya Terubong and George Town.
PIL1 merupakan lebuh raya dua hala enam lorong yang mempunyai akses terkawal untuk kepastian kelajuan dan masa perjalanan yang lebih lancar. Jajaran PIL 1 yang melalui kawasan pergunungan juga dapat mengelakkan kebarangkalian kesesakan daripada pembangunan masa akan datang.
Lebuh raya ini juga akan dibina di luar kawasan pembangunan George Town demi menyuraikan trafik agar tidak tertumpu ke arah pinggiran pusat bandar.
PIL1 bukan sahaja menyuraikan trafik dengan berkesan tetapi juga meningkatkan kemudahsampaian  ke kawasan-kawasan lain di sepanjang koridor utara­selatan bahagian pulau.
Setelah siap dibina, ia berkesan dalam mengurangkan masa perjalanan utara-selatan dari Gurney ke lapangan terbang kepada 15 minit sahaja, berbanding dengan keadaan trafik biasa yang memerlukan 45 minit melalui LCE.
(Above) Pan Island Link 2/2A
The Pan Island Link 2/2A are to boost up the development in Balik Pulau and Teluk Kumbar, they will be a 4 lanes highway.

Full report belows ;
Pelan induk lebuh raya SRS Consortium juga mendorong pembangunan masa depan di kawasan kurang membangun seperti Balik Pulau dan Teluk Kumbar dengan membina cabangan jalan di lokasi persimpangan PIL1 yang strategik.
PIL 2 dan PIL 2A akan dibina sebagai jalan dua hala empat lorong yang akan:
  1. Meningkatkan akses dan membuka peluang pembangunan masa hadapan di bahagian barat (Balik Pulau) dan selatan (Teluk Kumbar) Pulau Pinang serta mampu mengalihkan tumpuan pembangunan daripada George Town.
  2. Membentuk Lebuh Raya Lingkaran Selatan untuk Pulau Pinang dengan bahagian selatan PIL1; dan
  3. Berfungsi sebagai jalan utama menuju ke kawasan pulau tambakan.